![](https://jendelamadani.net/wp-content/uploads/2025/01/1000001361.jpg)
![](https://jendelamadani.net/wp-content/uploads/2025/01/1000001358-824x1024.jpg)
Oleh: Sholina Osman
3 JAN. 2025
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turun padang dan melihat sendiri status lif di Blok D Perumahan Awam (PA) Desa Rejang, Setapak.
Lif di PA berkenaan sebelum ini mengalami kerosakan dan kini sudah pun diperbaiki secara berperingkat.
Jelas Anwar dalam FB miliknya, dalam mengejar kemajuan pembangunan negara, aspek kebajikan rakyat dan akses kepada infra perlu diberi keutamaan dan tidak seharusnya diabaikan.
DAPAT MEMANFAATKAN KEMUDAHAN
Moga masalah ini tidak berulang dan warga penduduk dapat memanfaatkan kemudahan yang ada untuk kegunaan seharian mereka, Insya-Allah.
Sementara itu dalam video PM turun padang juga mendapat tanda suka 1.4 K, 67 kongsi dan 26.4K melihat video ini selepas dua jam dimuat naik dalam FB miliknya.
MEMBERI KOMEN POSITIF
Rata-rata netizen memberi komen positif di mana belum pernah ada Perdana Menteri seprihatin seperti ini.
Ada yang memuji sikap PM yang dilihat menghulur dahulu untuk bersalaman sekaligus menggambarkan akhlak mulia seorang pemimpin berjiwa rakyat.
Netizen menyifatkan PMX dan kerajaan Madani adalah terbaik. – JM