Oleh: Sholina Osman
3 JAN. 2025
Buanglah sifat gelojoh dan cemburu antara satu sama lain, sebaliknya perbaiki prestasi dan diri sendiri dengan bertiwikrama dalam meningkatkan mutu perkhidmatan awam demi kemajuan negara kita.
Ini antara amanat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap di perhimpunan bulanan bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) hari ini yang dipetik dari FB miliknya.
MEMBINA SEBUAH NEGARA
Beliau juga menekankan kepentingan membina sebuah negara hebat melalui lonjakan prestasi perkhidmatan awam yang lebih baik dan cekap.
Cabaran ini harus disambut penjawat awam dengan menterjemahkannya kepada perkhidmatan berkualiti untuk rakyat, umpamanya tidak perlu menunggu giliran atau kelulusan yang terlalu lama seperti sebelum ini.
Hubaya, amalan tatakelola yang baik mampu menjadi pemangkin kejayaan dan mencetus reformasi perkhidmatan awam sekali gus memperbaiki kelemahan sedia ada.