Pelan Tindakan Agihan Holistik MAIPs berjaya dilaksana

Oleh: Sholina Osman
25 DIS 2024

Pelbagai inisiatif di bawah Pelan Tindakan Agihan Holistik Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) telah berjaya dilaksanakan melalui sumbangan masyarakat.

Antaranya termasuk program bantuan dalam kluster ekonomi asnaf, pendidikan, kesihatan, dakwah, penempatan, dan pembangunan amil.

Usaha ini bertujuan memastikan manfaat zakat terus menyokong kehidupan asnaf dan masyarakat Islam di Perlis.

MENJADI SERUAN PENTING

Kempen ini menjadi seruan penting bagi umat Islam untuk memanfaatkan baki hari dalam tahun 2024 sebagai peluang memperkukuh hubungan dengan Allah melalui zakat, wakaf, dan sedekah.

Demikian dipersembahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Mohd Nazim Mohd Noor kepada Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail sempena program Kayuhan MAIPs Peduli yang dianjurkan oleh MAIPs di sekitar Kangar baru-baru ini.

Mohd Nazim turut menekankan bahawa hikmah besar di sebalik kewajipan berzakat dan berinfak.

KITA MENGINFAKKAN HARTA

“Suruhan Allah agar kita menginfakkan harta digandingkan dengan larangan mencampakkan diri ke lembah kebinasaan seperti ayat 195 Surah al-Baqarah mengingatkan kita untuk menjadi hamba Allah yang berbuat kebajikan dan tidak dibinasakan oleh kelalaian, seperti tidak menunaikan zakat.

Kayuhan amal ini bertujuan bagi membantu dan menyalurkan bantuan kepada golongan asnaf yang memerlukan.

Ketua-ketua jabatan dan agensi Negeri serta Persekutuan turut menyertai program ini bagi memastikan inisiatif murni ini melibatkan pelbagai pihak bagi memainkan peranan masing-masing.

PENYERAHAN SUMBANGAN MAIPs

Tuanku Syed Faizuddin Putra merangkap Tuanku Yang DiPertua MAIPs berkenan untuk menyempurnakan penyerahan sumbangan MAIPs kepada asnaf yang terpilih iaitu Mat Isa, 73, dari Kampung Repoh, Abd Hamid Ismail, 83, dari Kampung Tanjung Gorah dan Miah Idris, 91, dari Kampung Salang.

Masing-masing menerima bantuan wang tunai sebanyak RM 700, Kits MAIPs Peduli serta beras fidyah bagi menampung keperluan harian sekeluarga. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *