KPT pandang serius isu salah laku warga IPT

Oleh: Sholina Osman
22 DIS 2024

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sentiasa memandang serius sebarang isu yang melibatkan mana-mana salah laku dan pelanggaran tatacara dalam kalangan warga Institusi Pendidikan Tinggi (IPT).

Kenyataan media KPT merujuk dengan laporan kes gangguan seksual yang didakwa melibatkan seorang profesor di Universiti Malaya (UM).

Pihak universiti juga tidak pernah mengambil ringan laporan sebegini.

DITANGANI SECARA RASMI

Kementerian dimaklumkan isu ini telah ditangani secara rasmi sejak tarikh aduan diterima, dan Unit Integriti UM sedang menjalankan siasatan secara aktif.

Semua prosedur serta peraturan berkaitan dipatuhi sepenuhnya.

UM juga mempunyai garis panduan dan peraturan khusus berhubung isu gangguan seksual, dan langkah- langkah yang sewajarnya sedang diambil untuk melindungi hak semua pihak

Kenyataan media berhubung kes ini turut dikeluarkan oleh pihak universiti sebelum ini.

MEMBUAT LAPORAN POLIS

Difahamkan, individu yang dikaitkan juga telah membuat laporan polis, dan siasatan kini sedang dijalankan oleh pihak berkuasa.

Kementerian menegaskan bahawa sebarang tindakan yang diambil mestilah selaras dengan undang-undang sedia ada, kerana langkah yang melanggar tatacara perundangan akan mencabuli proses siasatan yang sedang berlangsung.

Sehubungan itu, Kementerian menyeru agar semua pihak memberikan ruang untuk siasatan menyeluruh dilaksanakan.

Kementerian dan pihak UM tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terbukti bersalah melakukan pelanggaran undang-undang dan tindakan tatatertib yang tegas akan diambil. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *