TABUNG 30WREPS:- WANITA KEADILAN SAMBUT BAIK KEMPEN SASAR 30 PERATUS CALON PILIHANRAYA

OLEH : NORAINI NORDIN
(Sorotan khas Program Pemantapan Representasi Wanita
Dalam Parlimen – Anjuran Wanita KEADILAN Pusat)

Tarikh 21 Dis 2024

PUTRAJAYA 21 DIS 2024 :-
Wanita KEADILAN menyambut baik penubuhan Tabung 30Wreps yang telah diumumkan oleh Ketua Wanita Pusat, Fadhlina Sidek dalam Program Pemantapan Representasi Wanita di Putrajaya, hari ini .

Menurut mereka , inisiatif penubuhan tabung tersebut adalah satu lagi usaha terbaik Fadhlina bagi menaikkan semangat wanita yang sebelum ini berdepan dengan kekangan dana untuk menjadi calon yang bertanding dalam PRN dan PRU akan datang.

Penubuhan Tabung 30Wreps dengan dana permulaan sejumlah RM50 ribu diumumkan oleh Fadhlina bertujuan
membantu wanita-wanita parti yang akan bertanding sebagai Calon PRN Sabah dan PRU yang bakal mendatang.

Ketua Wanita KEADILAN Pahang – Haslindalina Hashim
Ketua Wanita Perlis – Zainab Ibrahim
Ketua Wanita Terengganu – Armila Alias
Naib Ketua Wanita N.Sembilan – Kavieeta Sega
Timbalan Ketua Wanita Pulau Pinang – Rodziah Khassim.
Setiausaha Wanita Cabang Padang Besar, Perlia – Hasmawati Ibrahim

Tabung tersebut adalah sebagai perintis kepada tindak susul daripada Program Pemantapan Representasi Wanita Dalam Parlimen yang berlangsung di Hotel Pulse Grande Hotel, Putrajaya hari ini.

Program tersebut bertujuan bagi memulakan kempen dalam KEADILAN untuk mencalonkan sekurang-kurangnya 30 peratus wanita bertanding dalam PRN dan PRU akan datang.

MENGILAP POTENSI DIRI

Mengulas mengenai usaha tersebut , Ketua Wanita KEADILAN Negeri Pahang Haslindalina Hashim menyifatkan sebagai inspirasi kepada wanita untuk mengilap potensi diri menjadi pemimpin politik yang berkualiti untuk membangunkan negeri serta negara.

“Sasaran penglibatan 30 peratus wanita untuk ditampilkan sebagai calon dalam PRN dan PRU akan dapat dilaksanakan. Ini secara langsung memberi peluang kepada wanita untuk memperjuangkan hak mereka. Demi membela wanita sudah pasti Wanita Pahang amat gembira dengan usaha yang dibuat ini ,’’ kata Haslindalina yang juga mantan Calon DUN Panching (Parlimen Paya Besar ) Pahang.

Bagi Ketua Wanita KEADILAN Negeri Terengganu, Armila Alias, beliau yakin usaha untuk meningkatkan jumlah perwakilan wanita dalam politik boleh dicapai melalui kempen yang konsisten serta sokongan dana daripada penubuhan tabung tersebut.

‘’Program ini membawa satu anjakan paradigma kepada kepimpinan wanita untuk mengangkat agenda 30 peratus kuota wanita agar dapat dicapai seperti yang diimpikan,’’ jelasnya .

MENYEGARKAN SEMANGAT WANITA

Mengulas isu yang sama Ketua Wanita KEADILAN Negeri Perlis, Zainab Ibrahim berkata, kaum hawa jika diberi peluang pasti dapat menonjolkan bakat kepimpinan masing-masing.

“Ramai yang berkeupayaan tetapi masih malu untuk menunjukkan kemampuan mereka. Kami berterima kasih kepada YB Fadhlina yang sentiasa mengambil berat untuk memajukan wanita.
“ Usaha yang dilakukan oleh beliau mampu menyegarkan semangat wanita . Hala tuju wanita dalam politik semakin jelas . Lorong untuk wanita berjaya semakin luas . Sudah pasti kami akan terus mara dan gigih untuk meneruskan perjuangan,’’ ujarnya.

APA KATA WANITA –

Turut memberi pendapat berkaitan usaha Wanita KEADILAN yang giat menjalankan kempen tersebut ialah daripada Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Perlis.

NAIB KETUA WANITA NEGERI SEMBILAN -( KAVIEETHA SEGA)

‘’ Idea Tabung 30Reps bermanfaat bagi calon wanita yang akan bertanding pada masa depan. Persiapan dana, latihan, kursus kepimpinan amat perlu. Secara strateginya wanita lebih yakin untuk bertanding “-

TIMBALAN KETUA WANITA KEADILAN PULAU PINANG –
(RODZIAH KHASSIM)

“Kekangan kewangan antara isu utama untuk wanita maju dalam politik selain daripada cabaran menguruskan kehidupan berkeluarga.

“Sebab itu usaha untuk memajukan wanita perlulah disokong serta didokong dengan dana serta pendidikan politik. Wanita Pulau Pinang bersyukur kerana Ketua Wanita Pusat peka terhadap keperluan kami dan menghulur tangan untuk membantu tanpa rasa jemu,’’

SETIAUSAHA WANITA CABANG PADANG BESAR, PERLIS –
HASMAWATI IBRAHIM

“ Ramai wanita yang masih belum ada kesedaran mengenai perlunya lebih ramai wakil hawa dalam DUN dan Parlimen . Dengan adanya inisiatif baharu ini wanita akan lebih celik untuk bersama-sama terlibat sebagai pembuat dasar serta menjadi pemimpin politik yang berkualiti, ‘’-

Program Pemantapan Representasi Wanita Dalam Parlimen anjuran Wanita KEADILAN Pusat yang telah dihadiri seramai 100 peserta dari seluruh negara.

Peserta ini terdiri daripada Majlis Pimpinan Wanita KEADILAN (MPWP) , Ketua Wanita Cabang, Srikandi dan pelajar-pelajar Sekolah Wanita (SWAN)

Program ini telah dirasmikan oleh Ketua Wanita KEADILAN Pusat YB Fadhlina Sidek yang juga Menteri Pendidikan.

Turut memberi ceramah dalam program ini Pensyarah Pusat Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM) Prof. Madya Dr. Ummu Atiyah Ahmad Zakuan.

Fasilitator utama program Pengerusi Eksekutif EMPOWER Gopalan Papachan, Maria Chin, Manahara Subramaniam dan Azemi Mohd Yunus.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *