Oleh Noraini Nordin
21 Dis 2O24
PUTRAJAYA 21 DIS 2024- Ketua Wanita KEADILAN Pusat YB Fadhlina Sidek hari ini mengumumkan inisiatif penubuhan Tabung 30WReps untuk membantu wanita parti yang akan bertanding sebagai Calon PRN Sabah, PRU dengan dana permulaan sejumlah RM50 ribu.
Penubuhan tabung tersebut adalah sebagai perintis kepada tindak susul daripada Program Pemantapan Representasi Wanita Dalam Parlimen yang berlangsung di Hotel Pulse Grande Hotel, Putrajaya hari ini.
Program itu bertujuan bagi memulakan kempen dalam KEADILAN untuk mencalonkan sekurang-kurangnya 30 peratus wanita bertanding dalam PRN dan PRU akan datang.
Sehubungan itu, bagi mencapai misi tersebut, Fadhlina juga mensasarkan tabungan tersebut akan bertambah iaitu – berganda ( daripada RM50 ribu ke RM50 ribu lagi dan seterusnya ) menjelang Kongres, PRN dan PRU akan datang.
Jelas Fadhlina komitmen mengisi tabungan tersebut perlu dilakukan secara bersepakat bersama dengan anggota-anggota Wanita KEADILAN di seluruh negara.
Melalui Program `Run To Win Change Malaysia’ Wanita KEADILAN juga akan menyediakan Senarai Calon Kompentesi untuk PRN dan PRU – yang terdiri daripada – Senarai Sedia Ada, Senarai Berpotensi, Senarai Calon Akan Datang.
PEKA LAHIRKAN PEMIMPIN PELAPIS
Wanita KEADILAN juga amat peka dalam usaha melahirkan pemimpin pelapis kalangan wanita-wanita muda.
Bagi wanita muda pula akan dianjurkan Forum Industri Wanita (FEWIT) yang akan mengerakkan seluruh golongan tersebut dalam platform tersebut.
DIDIK WANITA MUDA
Program ini akan dilaksanakan pada awal Januari 2025 yang bertujuan untuk mendidik wanita termasuk menguruskan sesi-sesi profesional.
Tindak susul tersebut akan dapat memastikan sasaran 30 peratus Wanita KEADILAN sebagai ADUN dan PARLIMEN dapat direalitikan.
Program Pemantapan Representasi Wanita Dalam Parlimen anjuran Wanita KEADILAN Pusat yang telah dihadiri seramai 100 peserta dari seluruh negara.
Peserta program terdiri daripada Majlis Pimpinan Wanita KEADILAN (MPWP) , Ketua Wanita Cabang, Srikandi dan pelajar-pelajar Sekolah Wanita (SWAN)
Program tersebut telah dirasmikan oleh Ketua Wanita KEADILAN Pusat YB Fadhlina Sidek yang juga Menteri Pendidikan.
Turut memberi ceramah dalam program berkenaan Pensyarah Pusat Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM) Prof. Madya Dr. Ummu Atiyah Ahmad Zakuan.
Fasilitator utama program Pengerusi Eksekutif EMPOWER Gopalan Papachan, Maria Chin, Manahara Subramaniam dan Azemi Mohd Yunus.