Pengecualian visa warganegara India dilanjutkan sehingga 31 Disember 2026

Oleh: Sholina Osman
20 DIS. 2024

Kerajaan Malaysia bersetuju untuk menyelaraskan pelanjutan pengecualian visa bagi warganegara India sehingga 31 Disember 2026.

Ketua Setiausaha
Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Awang Alik Jeman berkata, ia selari dengan pempengerusian Malaysia bagi ASEAN 2025 dan persediaan kepada Tahun Melawat Malaysia 2026.

Terdahulu katanya, Kerajaan turut memberikan pelanjutan pengecualian visa kepada tarikh yang sama kepada negara China.

MENINGKATKAN SEKTOR EKONOMI

“Pelan Liberalisasi Visa telah diwujudkan oleh Kerajaan Malaysia bagi prospek meningkatkan sektor ekonomi dan pelancongan di Malaysia tanpa berkompromi kepada aspek keselamatan negara,” katanya.

Awang Alik berkata, salah satu inisiatif bawah Pelan Liberalisasi Visa ini ialah pemberian pengecualian visa bagi tempoh selama 30 hari kepada warganegara Republik Rakyat China dan India berkuat kuasa mulai 1 Disember 2023 sehingga 31 Disember 2026 untuk Republik Rakyat China dan 31 Disember 2024 untuk India. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *