Subsidi tiket FLYSiswa naik RM400 seorang mulai Januari 2025

Oleh: Sholina Osman
15 DIS. 2024

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim
mengumumkan Kerajaan bersetuju menaikkan kadar bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan menerusi FLYSiswa daripada RM300 kepada RM400 seorang bermula 1 Januari 2025.

Kenyataan media Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memaklumkan pelaksanaan inisiatif ini adalah antara ikhtiar kerajaan dalam meringankan beban pelajar universiti dari Sabah, Sarawak dan Labuan yang berdepan dengan isu tiket penerbangan yang agak tinggi apabila ingin pulang ke negeri masing-masing.

Perkara ini diumumkan Perdana Menteri semasa merasmikan Karnival FLYsiswa 2024 dan Karnival Pengangkutan Siswa MADANI pada 12 Disember 2024 di Dewan Agung Tuanku Cancelor (DATC), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam, Selangor.

INISIATIF BANTUAN SUBSIDI

Sehubungan itu, Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) akan terus melaksanakan inisiatif bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan untuk 60,000 mahasiswa yang menggunakan penerbangan bagi laluan domestik antara Semenanjung, Sabah, Sarawak dan Labuan bermula 1 Januari 2025.

Sehubungan itu, mahasiswa dari universiti awam, politeknik dan kolej komuniti di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi serta kolej matrikulasi dan institut pendidikan guru (IPG) di bawah Kementerian Pendidikan boleh membuat semakan kelayakan menerusi laman sesawang MOT di https://subsidiudara.mot.gov.my mulai tarikh tersebut. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *