UniSIRAJ terima CSR Zakat TH RM128,750

Oleh: Sholina Osman
10 DIS. 2024

Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin (UniSIRAJ) menerima sumbangan CSR Zakat daripada Lembaga Tabung Haji (TH) sebanyak RM128,750 melalui Program Iqra’ TH IPTS 2024.

Penyerahan sumbangan tersebut telah disempurnakan melalui upacara simbolik penerimaan oleh Rektor UniSIRAJ, Prof. Dr. Muhammad Rozaimi Ramle daripada Pengarah TH Wilayah Utara, Datuk Mohammad Mokhzani Mukhtar.

MENYAKSIKAN PENYERAHAN SUMBANGAN

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail merangkap Tuanku Canselor UniSIRAJ berkenan menyaksikan penyerahan sumbangan ini di Galeri DiRaja Arau baru-baru ini.

Turut hadir Mufti Perlis, Prof Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Mohd Nazim Mohd Noor dan Pengarah TH Perlis , Burhan Abd Rahman.

Untuk rekod UniSIRAJ yang bernaung di bawah MAIPs sebelum ini dikenali sebagai Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) baharu sahaja mendapat kelulusan dinaiktaraf daripada Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) pada 15 November 2024 . – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *