MANGSA BANJIR HARGAI SUMBANGAN WANITA KEADILAN

Oleh Noraini Nordin

(Sorotan Khas Misi Banjir Wanita KEADILAN #Skuad Ihsan Wanita KEADILAN) – Terengganu.

7 Dis 2024 ( Hari ke 2)
Lokasi :- Taman Rakyat Jaya dan Kampung Pangkalan Jering.

Tersenyum ceria Adila Anuar sewaktu menerima kehadiran kami pagi ini.

Walaupun baharu sahaja ditimpa musibah banjir Adila tetap ramah menyambut Skuad Ihsan Wanita KEADILAN sambil mendukung anak kecilnya.

Adila , 30 tahun berkata, banjir kali ini lebih besar daripada biasa.

Tersenyum ceria Adila Anuar disantuni Skuad Ihsan .Wanita KEADILAN.

Jelasnya air memasuki rumah dengan cepat sehingga menyebabkan beliau serta keluarga tidak sempat menyelamatkan barangan .

Akibatnya segala barangan keperluan harian serta perabut rosak.

BERSYUKUR KELUARGA SELAMAT

Bagaimanapun Adila bersyukur kerana anggota keluarganya selamat daripada bencana banjir.

Jiran Adila iaitu Norashikin Hitam , 43 tahun pula melahirkan perasaan gembira kerana disantuni oleh Skuad Wanita KEADILAN yang juga membawa barangan sumbangan untuk mereka.

Mangsa banjir Taman Rakyat Jaya gembira menerima barangan sumbangan darlpada Wanita KEADILAN.

” Perabot dan barangan harian kami musnah . Walaupun banjir sudah surut namun kerja pembersihan rumah masih belum selesai,” kata ibu kepada lima orang anak ini.

Penulis turut menemubual seorang lagi mangsa banjir iaitu Muhaimi Mansor , 25 tahun yang menetap di Taman Rakyat Jaya.

” Sudah lebih setahun saya dan keluarga menyewa di sini.
Bila banjir menimpa tindakan paling ada menyelamatkan keluarga, ” katanya yang turut berterima kasih atas sumbangan daripada Skuad Wanita KEADILAN.

Penulis turut menyantuni mangsa banjir Norashikin Hitam (kanan sekali) di Taman Rakyat Jaya.
Muhami Mansor antara mangsa banjir yang disantuni oleh Skuad Ihsan Wanita KEADILAN.
Walaupun cuaca tidak menentu Skuad Ihsan Wanita KEADILAN tetap bersemangat melaksanakan misi bantuan banjir di Terengganu.

Bagi penulis
menyantuni mangsa banjir bukan sahaja fizikal perlu cergas jiwa juga perlu kental.

Kerap kali air mata berlinang apabila melihat musibah yang menimpa mereka serta trauma yang dialami.

Taman Rakyat Jaya adalah antara kawasan daerah Dungun yang terjejas akibat banjir minggu lalu.

Jumlah rumah di taman perumahan tersebut kira-kira 600 buah . Daripada jumlah tersebut kira-kira 500 buah .

Pada hari ini juga kami turut menyantuni komuniti di kawasan Kampung Pangkalan Jering yang turut menjadi mangsa banjir.

Sewaktu kami tiba di kawasan tersebut kebanyakan mangsa-mangsa banjir sedang membersihkan rumah masing-masing.
Kehadiran Skuad Wanita KEADILAN dapat membantu menceriakan mangsa-mangsa banjir dengan pemberian pelbagai barangan yang diperlukan oleh mereka.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *