Fadhlina “flag off” Skuad Ihsan MADANI

Oleh: Sholina Osman
7 DIS. 2024

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek telah menyempurnakan acara pelepasan (flag off) Skuad Ihsan MADANI Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang digerakkan untuk memberi bantuan di kawasan terjejas banjir.

Hadir sama adalah Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh, Ketua Setiausaha KPM, Datuk Ruji Ubi dan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Azman Adnan.

Skuad Ihsan MADANI KPM yang terdiri daripada lebih 300 orang sukarelawan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), Smart Support Team (SST-MoE), sukarelawan Guru Insani, sukarelawan MESCA KPM serta warga kementerian akan melaksanakan operasi bantuan di dua zon yang terjejas banjir iaitu di Zon Utara dan Zon Timur.

KERJA-KERJA PEMBERSIHAN

Antara yang diberi tumpuan adalah pelaksanaan kerja-kerja pembersihan di kawasan terjejas banjir.

Ini penting bagi mengurangkan beban mangsa terjejas, serta membantu mereka yang sedang dalam fasa pemulihan untuk kembali menjalani kehidupan pasca banjir.

Turut diadakan dalam acara ini adalah penyerahan sumbangan Yayasan Guru Tun Hussein Onn berjumlah RM100,000.00 bagi menjayakan operasi bantuan dan penyerahan peralatan pembersihan pasca banjir.

Selain membawa harapan rakyat terjejas yang memerlukan bantuan segera, Skuad Ihsan MADANI adalah cerminan perpaduan dan kesepakatan Malaysia MADANI dalam mendepani musibah. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *