MCMC, DBKK meterai MoU laksana bandar pintar seluruh Kota Kinabalu

Oleh: Sholina Osman
3 DIS. 2024

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menjalin kerjasama strategik dengan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) menerusi pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) untuk pelaksanaan program bandar pintar di seluruh kawasan Kota Kinabalu, Sabah.

Kenyataan media MCMC memaklumkan bahawa
kerjasama strategik ini bertujuan untuk memperkukuh antara DBKK dengan MCMC dalam membantu pelaksanaan bandar pintar yang komprehensif, meningkatkan infrastruktur digital, memperluas akses kepada teknologi komunikasi, serta melaksanakan program pendidikan digital untuk membangunkan tenaga kerja berkemahiran tinggi.

Melalui MoU ini, liputan Internet akan ditambah baik di seluruh kawasan Kota Kinabalu bagi menyokong perkhidmatan digital Kerajaan Negeri Sabah, dan penyediaan pelan infrastruktur komunikasi di lokasi pembangunan yang dipersetujui.

KHIDMAT NASIHAT TEKNIKAL

Selain itu, MCMC akan menawarkan khidmat nasihat teknikal kepada DBKK dalam aspek yang berkaitan dengan infrastruktur digital, jaringan, liputan, keselamatan siber dan pencegahan penipuan dalam talian.

MoU ini turut meneroka kerjasama berkaitan e-dagang dan latihan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) kawasan Kota Kinabalu yang menyasarkan penglibatan komuniti di kawasan NADI.

Beberapa inisiatif akan dilaksanakan, termasuk mempertingkat keselamatan awam melalui pemantauan kamera litar tertutup (CCTV) dan pusat gerakan, sistem pengurusan pengangkutan awam, pemerkasaan pendidikan digital, serta penyediaan kemudahan komuniti pintar dan hijau.

KERJASAMA DAN INISIATIF

Kesemua aspek kerjasama dan inisiatif tersebut bakal melonjakkan bandaraya Kota Kinabalu sebagai sebuah bandaraya pintar yang efisien, inovatif dan lestari sekali gus memacu ekonomi negeri Sabah ke tahap yang lebih baik.

Majlis pemeteraian MoU antara Pengerusi MCMC, Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din dengan Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Seri Dr. LSabin Samitah, disaksikan oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor, Ketua Menteri Sabah dan Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *