JPN tawar sijil lahir, kad hilang percuma kepada mangsa banjir

Oleh: Sholina Osman
1 DIS. 2024

Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menawarkan penggantian dokumen seperti sijil lahir dan kad pengenalan yang hilang secara percuma kepada penduduk terjejas banjir.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menerusi hantaran X memaklumkan, selepas musim banjir, pegawai JPN akan membuka kaunter dan menggerakkan bas bergerak ke kawasan terjejas untuk memastikan urusan tersebut disegerakan.

“Saya berharap usaha kami akan sedikit sebanyak membantu mangsa yang terkesan bagi memudahkan urusan mereka pascabanjir nanti,” katanya. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *