Banjir: 7 stesen pemancar, 42 NADI terjejas di Kelantan, Terengganu

Oleh: Sholina Osman
28 NOV. 2024

Tujuh stesen pemancar dan 42 Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) masih terjejas susulan banjir yang sedang melanda di Kelantan dan Terengganu.

Kenyataan media Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memaklumkan bahawa sehingga pukul 10.00 pagi, 28 November 2024, enam stesen pemancar terjejas di Kelantan iaitu di Bachok, Kota Bharu, Pasir Mas dan Tanah Merah.

Manakala sebuah stesen pemancar terjejas di Terengganu iaitu di Hulu Terengganu.

Sementara itu, daripada 42 NADI yang terjejas, 27 adalah di Kelantan, dan 15 di Terengganu.

AKIBAT DITENGGELAMI AIR

Kesemuanya terpaksa ditutup akibat ditenggelami air dan putus bekalan elektrik.

Akses ke lokasi-lokasi NADI juga terhalang.

Bagi memastikan mangsa-mangsa banjir yang berada di pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri tersebut dapat terus berhubung melalui Internet, pihak MCMC Negeri telah menjalankan ujian liputan di beberapa PPS bagi memastikan liputan telekomunikasi berada pada tahap yang memuaskan.

MCMC dengan kerjasama penyedia perkhidmatan akan terus menjalankan pemantauan rapi di negeri-negeri yang terjejas akibat banjir khususnya infrastruktur telekomunikasi yang dianggap kritikal dan memastikan perkhidmatan telekomunikasi akan beroperasi sepenuhnya tidak lama lagi. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *