Dr Zaliha bincang KL – Hangzhou sebagai bandar berkembar

Oleh: Sholina Osman
8 OKT. 2024

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa bertemu dengan Datuk Bandar Hangzhou, Mayor Yao bagi membincangkan usaha memperkukuh kerjasama Kuala Lumpur dan Hangzhou sebagai bandar berkembar.

Dalam hantaran menerusi FB beliau, Dr Zaliha menjelaskan pertemuan adalah lanjutan dari inisiatif KL20 di mana kedua-dua bandar telah menandatangani ‘Letter of Intent’ (Lol) untuk berkolaboratif dalam pelbagai projek bandar berfokuskan teknologi dan inovasi.

Dalam sesi tersebut katanya, Datuk Bandar Hangzhou turut berkongsi berita gembira bahawa Hangzhou telah dipilih sebagai ‘Most Friendly City’ oleh Kerajaan China, suatu pencapaian besar yang kami raikan bersama.

MELAMBANGKAN PERTUKARAN BUDAYA

“Hidangan laksa melambangkan pertukaran budaya serta hubungan erat antara Kuala Lumpur dan Hangzhou,” katanya.

Dr Zaliha berkata, kedua-dua pihak turut meneroka peluang pelaburan yang berpotensi, dan saya telah menyatakan minat untuk memperkukuh hubungan ekonomi di antara Kuala Lumpur dan Hangzhou.

“Saya juga menekankan kesediaan Kuala Lumpur untuk menjalin kerjasama strategik yang dapat membawa manfaat bersama,” katanya.

Beliau juga telah memanjangkan jemputan kepada Mayor Yao untuk melawat Kuala Lumpur bagi memperkukuhkan lagi hubungan di antara dua bandar dinamik ini.

Insya-Allah, ini akan memberi peluang untuk kita berkongsi amalan terbaik dalam pembangunan bandar dan inovasi, jelasnya. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *