Oleh: Sholina Osman
8 OKT. 2024
Isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail telah menjalani satu prosedur kesihatan di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang pada Isnin (7 Oktober 2024).
Pengarahnya, Dr Farique Rizal Abdul Hamid dalam kenyataan media berkata, alhamdulillah setakat ini Dr Wan Azizah berada dalam keadaan baik, namun masih memerlukan pemantauan rapi pasukan perubatan.
PENGHARGAAN KEPADA SEMUA
“Kami menzahirkan penghargaan kepada semua pihak atas doa serta ingatan buat kesembuhan segera Dr Wan Azizah dan terima kasih atas ruang privasi yang diberikan kepada beliau untuk menerima rawatan dengan sempurna.
Sementara itu, dalam FB Datuk Seri Anwar Ibrahim memuatkan status, Susah senang bersama!
“Doakan kesihatan isteri saya diberi keafiatan sesegera mungkin. Insya-Allah,” katanya. – JM