Oleh: Sholina Osman
25 SEPT. 2024
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam dilantik sebagai Menteri Darjah (Chancellor) baharu bagi Darjah Yang Mulia Setia Mahkota Malaysia.
Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam kenyataan media memaklumkan, pelantikan itu telah diperkenankan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.
Pelantikan Musa sebagai Menteri Darjah ini adalah untuk tempoh tiga tahun mulai 13 September 2024 hingga 12 September 2027.
Ia selari dengan keperluan yang dinyatakan di dalam Statut Darjah Yang Mulia Setia Mahkota Malaysia bagi memastikan urusan menandatangani watikah-watikah kurniaan Darjah Yang Mulia Setia Mahkota di bawah Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan berjalan lancar. – JM