Tingkat usaha jayakan Kempen Melawat Malaysia 2026 – Pemangku Raja Perlis

Oleh: Sholina Osman

Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, pihak yang berkepentingan di dalam industri pelancongan diminta untuk bersama-sama meningkatkan usaha bagi menjayakan kempen Melawat Malaysia 2026 (VM2026).

Baginda bertitah, ia penting dalam usaha mempertingkatkan ekonomi Malaysia dan menjadikan negara sebagai destinasi pelancongan utama dunia.

“Dengan pelaksanaan Tahun Melawat Perlis
2024-2025, kami memulakan perjalanan yang penting menandakan langkah awal menuju Tahun Melawat Malaysia 2026,” titah baginda.

Demikian titah Tuanku Syed Faizuddin ketika menyempurnakan
perasmian Persidangan Proposed ASEAN
China Heritage Dimension of National Arts
(DNA) Initiative 2024, di Kangar.

MELIBATKAN PENYERTAAN PESERTA

Persidangan dari 8 hingga 14 September di Kangar ini melibatkan penyertaan peserta dari Indonesia, Laos, Thailand, Myanmar, Kemboja, Singapura dan China.

Berangkat sama Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Hadir bersama Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli dan Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan (MOTAC) Datuk Shaharuddin Abu Sohot.

Tuanku Syed Faizuddin menzahirkan rasa bangga dan baginda meletakkan tanggungjawab untuk memperkenalkan keindahan bumi Perlis di Utara Malaysia yang aman damai dan penuh dengan keajaiban tersembunyi, pada pihak yang berkemampuan iaitu DNA Warisan ASEAN China.

“Terokai Perlis untuk menikmati keindahan Perlis yang menawan dengan melawat
Perkampungan Nelayan yang penuh warna-warni di Seberang Ramai Kuala Perlis, Muzium Marhum Kota Kayang, Batik Inderawasih dan nikmati pelbagai hidangan makanan Perlis yang lazat di restoran dan kafe kami yang menarik,” titah baginda. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *