Oleh: Sholina Osman
28 OGOS 2024
Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama dengan Universitas Muhammadiyah Tangerang (UMT) di Banten, Jakarta pada 27 Ogos 2024.
Majlis menandatangani MOU ini disaksikan oleh wakil Rektor KUIPs, Prof Dr Basri Ibrahim yang juga Timbalan Rektor Akademik bagi pihak KUIPs dan Dr Desri Arwen yang mewakili UMT.
Matlamat MoU ini adalah untuk memperkukuhkan, mempromosi dan membangunkan kolaborasi akademik jangka panjang serta kerjasama penyelidikan antara kedua belah pihak.
FOKUS KEPADA KERJASAMA
Dengan termeterainya memorandum ini, KUIPs dan UMT akan memberi fokus kepada kerjasama dan perkara yang menjurus kepada kemasukan pelajar, penyelidikan, penerbitan, pembangunan dan inovasi.
MoU ini diadakan sempena Simposium Antarabangsa UMT dan KUIPs yang bertemakan “Sustainable Development for Global Islamic Management and Finance”.
Ia melibatkan penyertaan sepuluh pensyarah dan pelajar pascasiswazah daripada Fakulti Perniagaan & Sains Pengurusan (FPSP) dan Fakulti Muamalat & Kewangan Islam (FMKI) KUIPs dan UMT.
Antara objektif simposium ini antaranya mengupas isu-isu, cabaran dan trend semasa di dalam pengurusan (Management), Governan (Governance) and Operasi (Operation) kewangan Islam.
Manakala topik-topik utama yang telah dibahaskan di dalam simposium ini termasuklah kelestarian kewangan Islam yang memberikan perubahan positif di dalam industri perbankan di peringkat global, cabaran dalam pelaksanaan kelestarian kewangan seperti pemenuhan keperluan pematuhan syariah, perundangan dan aplikasi serta pembangunan produk inovatif.
Dengan kolaborasi antara kedua universiti ini diharap akan dapat memberikan manfaat dan mencapai objektif seperti yang meterai dalam MoU ini. – JM