PRK – ‘Durian Runtuh’ Warga Nenggiri

Oleh Noraini Nordin

(Sorotan PRK DUN Nenggiri
16 Ogos 2024

Jika tiada PRK DUN Nenggiri Gua Musang pasti daerah tersebut tidak sepopular seperti hari ini.

Nenggiri dahulunya sepi dan ‘menyendiri’ kini bukan sahaja setiap ceruk buminya dijelajahi malah setiap pengundi di sini menjadi ‘buruan’ calon-calon bertanding ditawan hatinya supaya mengundi mereka.

Calon-calon yang bertanding sedang berusaha keras merebut hati seramai 20,259 pengundi DUN Nenggiri untuk memilih mereka sebagai wakil rakyat baharu.

Tempoh kempen sudah berakhir dan hari ini akan menyaksikan siapa pilihan pengundi Nenggiri.

Begitulah hebatnya penangan Nenggiri selepas SPR mengumumkan PRK bakal berlangsung pada 17 Ogos ini, Nenggiri jadi tumpuan sekelip mata

Calon Perpaduan diwakili oleh Ketua Pemuda UMNO Kelantan iaitu Asmawi Fikri Abdul Ghani atau lebih dikenali dengan panggilan Awie oleh penduduk tempatan.

REZEKI TERPIJAK WARGA NENGGIRI

PRK Nenggiri bukan sahaja persaingan dua calon bertanding tetapi juga persaingan meraih sebanyak mana laba yang mampu diperolehi oleh warganya melalui orang ramai yang berkampung di DUN tersebut.

Daripada peniaga kedai makan, pemilik hotel atau rumah penginapan , pengusaha kereta sewa sehinggalah hasilan tani semuanya ada ‘harga’ di Nenggiri.

Paling dasyat, hotel , rumah tumpangan apa sahaja yang boleh dijadikan tempat tinggal ‘laris keras’ di DUN ini.

RUMAH TINGGAL PUN LARIS

Rumah-rumah tinggal di kawasan perumahan yang bersemak samun pun turut menjadi rebutan jentera-jentera parti-parti yang bertanding untuk dijadikan markas atau penginapan sementara di Nenggiri.

Umpama rezeki terpijak bagi warga DUN Nenggiri apa sahaja boleh dijual atau disewakan laris bagai goreng pisang panas.

Penulis yang ‘berkampung’ di Nenggiri dapat menyaksi gelagat warga Nenggiri yang begitu teruja menerima ribuan ‘orang luar’ yang membanjiri DUN tersebut khasnya jentera-jentera parti, pelancong politik serta pemerhati politik.

Kehadiran media tempatan, media antarabangsa, petugas SPR dan anggota-anggota polis juga turut memeriahkan lagi DUN Nenggiri.

Pilihanraya bagaikan hari raya bagi penduduk Nenggiri.

Rata-rata penduduk Nenggiri yang memiliki kebun durian,rambutan dan manggis serta pelbagai jenis buah-buahan lain mengambil peluang menjual hasil tani mereka pada pengunjung-pengunjung .

Lagi rancak kempen berlangsung hingga ke hari terakhir bertambah meriah mereka meraih untung.

Kempen dari rumah ke rumah juga meriah dengan jentera menikmati jamuan durian , rambutan dan manggis samada dibeli secara pukal atau sedekah dari orang kampung.

Kempen di Nenggiri menjadi memori manis kepada penulis kerana berpelung juga menyantuni warga orang asal dari kanak-kanak hingga warga emas.

Kehidupan jauh dari pembangunan dan dengan adanya PRK dapatlah warga asal ini menikmati kemeriahan serta menyertai program-program yang dianjurkan di perkampungan mereka.

Melihat mereka mempromosikan bakat berkaraoke, mengibarkan jalur gemilang sambil menyanyi lagu kemerdekaan dengan penuh bersemangat amat mengharukan penulis.

Pesanan penulis kepada calon yang berjaya menduduki kerusi wakil rakyat jangan pinggirkan wajah-wajah polos pengundi Nenggiri khasnya warga emas dan kanak-kanak.

Teruslah membantu mensejahterakan kehidupan mereka dengan jujur serta amanah.

Bantulah mereka dengan menyediakan kemudahan yang selayaknya untuk dinikmati sebagai rakyat Malaysia .

Negara kita di bawah pimpinan PMX Datuk Seri Anwar Ibrahim menyediakan pelbagai bantuan demi kesejahteraan rakyat.

Panjang-panjangkanlah agar yang kehidupan semua rakyat terus makmur serta harmoni.

Selamat mengundi warga Nenggiri.


Penulis juga adalah Ketua Penerangan Wanita KEADILAN Pusat

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *