Enam pelajar KUIPs sertai program Kesejahteraan Wanita Madani

Oleh: Sholina Osman
14 OGOS 2024

Enam pelajar Pusat Pengajian Asasi, Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) menyertai Program Kesejahteraan Wanita Madani di Kompleks Star UiTM cawangan Perlis, Arau.

Kesemua pelajar berkenaan telah dipilih oleh Jabatan Pembangunan Pelajar dan Jaringan Komuniti (JPPJK) KUIPs mengikuti program
bertemakan “Wanita Bahagia Emosi Stabil”.

Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para wanita mengenai keganasan rumah tangga dan jenayah siber yang sering berlaku pada masa kini.

Program sehari ini dianjurkan oleh Pertubuhan Khidmat Wanita Perlis (Perwanis) dan Jabatan Perpaduan Wanita Perlis (JPW).

Seramai 200 pelajar dari KUIPs, UiTM dan Politeknik menyertai program ini.

PENCERAMAH DAN PANEL

Ia menampilkan penceramah dan panel dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Perwanis, bekas Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis, Senator Dewan Negara, Pegawai Penyiasat Jenayah Komersial, Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Arau dan Pegawai Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Perlis.

Antara sesi ceramah yang diketengahkan pula ialah mengenai keganasan rumah tangga dan jenayah siber.

Semoga penyertaan para pelajar ini dapat mengeratkan lagi hubungan komuniti dan masyarakat setempat. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *