(Petikan bahan/foto FB DBKL)
Pada hari ini, 15 Ogos 2024, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah melakarkan sejarah di mana YBhg. Datuk Seri Paduka TPr Dr. Maimunah Mohd Sharif telah memulakan tugas sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur ke – 15 bagi menggantikan YBhg Datuk Seri PMgr Sr Hj Kamarulzaman bin Mat Salleh.
Upacara sambutan dimulakan sejurus beliau tiba di Menara DBKL 1 di mana beliau telah menerima tabik hormat daripada Kumpulan Kehormatan Utama, Jabatan Penguatkuasaan, DBKL. Beliau seterusnya dipersembahkan tarian selamat datang oleh Artis Budaya DBKL.
Sejurus daripada itu, beliau telah melakukan “punch in” pertama beliau selaku Datuk Bandar Kuala Lumpur ke – 15 dan seterusnya dibawa naik ke tingkat 29, Menara DBKL 1 bagi mendengar taklimat mengenai Dewan Bandar raya Kuala Lumpur.
Seusai urusan di Menara DBKL 1, YBhg. Datuk Bandar terus melaporkan diri kepada YB Dr Zaliha binti Mustafa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) di Menara Sri Wilayah, Putrajaya.
KLBandarUntukSemua
bandarmampanbandarsejahtera