Jangan jadikan Sungai Bakap lubuk fitnah

Oleh Noraini Nordin
(Sorotan PRK Sungai Bakap)

PRK Sungai Bakap adalah persaingan
calon parti mana yang mampu menawarkan perkhidmatan terbaik kepada kepada pengundi DUN tersebut.
Bukannya pertandingan siapa yang kuat memfitnah dan siapa yang terpaling ‘agamawan’ hingga sebebasnya memetik ‘ayat itu ini’ , dalil ‘itu ini ‘ tanpa kewarasan serta merosakkan keharmonian.

Jangan cemarkan kempen-kempen KKB dengan seruan-seruan rasis dan ‘ assabiah dan jahiliah’ yang boleh menjejaskan keharmonian.

Apabila gedang perang kempen PRK sudah dipalu
Agen-agen propaganda wajib menggunakan otak dan akhlak yang murni sewaktu berkempen.

TIADA KAITAN DENGAN CALON

Jangan menjadikan Sungai Bakap lubuk fitnah tambahan pula yang tiada kaitan dengan calon.
Inilah yang terjadi di Sungai Bakap. Apabila calon lawan terdesak untuk menang fitnah mula menjadi modal berkempen. Paling parah melibatkan PMX.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mengecam fitnah yang dilemparkan terhadap dirinya dalam kempen PRK Sungai Bakap yang kini sedang berlangsung.

Fitnah itu dilontarkan oleh seorang pemimpin Pas dengan mendakwa PMX merupakan anak angkat Amerika Syarikat serta mentadbir negara mengikut telunjuk IMF.

“Di Sungai Bakap, saya dipanggil anak angkat Amerika, Kementerian Kewangan pinjam dari IMF (Tabung Kewangan Antarabangsa) dan saya ikut nasihat Yahudi.

“Itu dari ustaz, pakai kopiah dan jubah tapi fitnah terang-terangan. Fakta di sebaliknya, mana mungkin saya lakukan itu semua,” tegas Anwar sebagai menafikan fitnah tersebut.

Memasuki minggu kedua kempen PRK Sungai Bakap beberapa hari lagi, tidak mustahil lebih banyak firnah disebarkan bagi tujuan meraih sokongan.

Bukan saja Anwar dijangka terus menjadi mangsa, pemimpin kerajaan yang lain juga dipercayai dijadikan sasaran.

Jika itu berlaku, apa nak jadi kepada politik negara kita?

Apakah kita harus membenarkan ia terus berleluasa?

Kepada pihak lawan yang bertanding di Sungai Bakap, bertindaklah dengan waras dan berkempenlah secara sihat.

Jangan jadikan Sungai Bakap sebagai medan menabur fitnah sesama Islam yang pasti kesan jangka panjang meruntuhkan kedamaian yang dibina .

Selain itu, satu perkara lagi yang mendukacitakan berlaku di Sungai Bakap ialah semakin berleluasanya perbuatan merosakkan poster-poster kempen Calon Perpaduan di beberapa kawasan.

Kenapa ini berlaku, tidak bolehkah kita bertanding secara sihat dan berlawan dengan semangat demokrasi yang tulen.

Kita tunjukkan perpaduan, kita pamer kekuatan dan jika kita bekerja keras – pasti kemenangan milik kita.


Penulis juga adalah Ketua Penerangan Wanita KEADILAN Pusat

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *