Dua insentif: 130,000 pesawah Semenanjung bakal menerima RM210 perhektar, permusim

Oleh Sholina Osman
11 JUN 2024

Pesawah bakal terima bantuan tunai RM210 per hektar per musim apabila kadar insentif pembajakan dinaikkan dan insentif penuaian diperkenalkan.

Sekaligus hampir 130,000 pesawah di Semenanjung Malaysia berpeluang menikmati bantuan ini.

Dalam kenyataan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) hari ini menjelaskan bahawa kedua insentif ini telahpun diperkenalkan pada 27 Mei lalu.

KERAJAAN TELAH MENAMBAHBAIK

Untuk intensif pembajakan kerajaan telah menambahbaik iaitu daripada RM100 per hektar per musim kini naik kepada RM160 per hektar per musim.

Selain itu, kerajaan juga
memperkenalkan insentif baru iaitu insentif penuaian pada kadar RM50 per hektar per musim.

Sementara itu, pada 27 Mei lalu juga, Kementerian Kewangan (MOF) telah mengumumkan pelaksanaan Program Bantuan Subsidi MADANI (BUDI MADANI) termasuklah kategori BUDI Agri-Komoditi kepada petani, penternak dan pengusaha akuakultur yang berkelayakan.

Manakala, KPKM pula melalui siaran medianya pada tarikh yang sama telah memaklumkan bahawa subsidi diesel kepada nelayan dikekalkan dan mengumumkan kenaikan kadar insentif pembajakan serta pengenalan insentif baru penuaian kepada pesawah. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *