Oleh Noraini Nordin
PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datok Seri Anwar Ibrahim telah mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Negara (MTPN) Bilangan 1 Tahun 2024 yang bertanggungjawab memutuskan strategi pelaksanaan dan hala tuju pelaksanaan pembangunan negara.
Dalam mesyuarat tersebut PMX telah menekankan beberapa perkara yang terkait dengan kelewatan pelaksanaan projek dan perlu diatasi dengan berhemah melalui perubahan proses kerja dan penggunaan teknologi-teknologi baru.
Katanya pada tahun ini, beliau mengharapkan agar perancangan, pelaksanaan dan pemantauan projek serta program Pembangunan Kerajaan berjalan lancar berdasarkan perancangan secara bersepadu.
PEMBASMIAN KEMISKINAN
Beliau juga amat berpuashati dengan pencapaian prestasi pembasmian kemiskinan yang menunjukkan penurunan yang drastik.
Selain daripada itu, beliau juga bersetuju supaya penggunaan Building Information Modelling (BIM) diperluaskan kepada projek-projek kerajaan dan swasta.
Katanya , semua Kementerian, Agensi dan pihak-pihak berkepentingan perlu bergerak seiring, secara terancang dan bersepadu .
Menurut PMX lagi ini bagi memastikan pencapaian dan keberhasilan perancangan serta pelaksanaan projek serta pembangunan negara menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara demi kesejahteraan rakyat secara keseluruhan.
Sumber/Foto – FB Anwar Ibrahim