Pemberian baucar buku lahirkan pewaris berilmu Malaysia MADANI – KPM

Oleh Sholina Osman
31 MEI 2024

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyifatkan pemberian baucar buku yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai langkah ke hadapan yang menjadi pencetus kepada melahirkan generasi berilmu, pewaris masa hadapan Malaysia MADANI.

Sekaligus ia mencerminkan keperihatinan Perdana Menteri terhadap kepentingan menyemai minat membaca dalam kalangan generasi muda.

Ia sangat bertepatan dengan usaha berterusan KPM untuk mempertingkatkan budaya membaca dalam kalangan murid/pelajar menerusi penganjuran pelbagai program galakan di setiap peringkat.

Kenyataan media KPM amat menghargai pengumuman Perdana Menteri berhubung dengan pemberian baucar buku RM50 kepada murid Tahun 4 hingga Tahun 6 dan RM100 kepada murid sekolah menengah, penuntut di institusi pendidikan tinggi dan pelajar di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM).

DISALUR BERMULA JUMAAT

Pemberian baucar buku yang melibatkan murid/pelajar institusi pendidikan bawah KPM disalurkan bermula Jumaat, 31 Mei 2024, pukul 2.00 petang menerusi aplikasi DELIMa menggunakan kaedah berikut:

  1. Murid/pelajar log masuk aplikasi DELIMa menggunakan id/password DELIMa dan klik ikon Kota Buku Digital.
  2. Murid/pelajar mendaftar akaun di Kota Buku Digital dan kredit akan dipapar di akaun masing-masing.
  3. Murid/pelajar boleh memilih judul yang disukai daripada kepelbagaian judul yang ada terutamanya daripada JUDUL CADANGAN MADANI.
  4. Setelah selesai memilih, murid/pelajar boleh daftar keluar (check- out) dan memilih pilihan bayaran kredit e-kedai (e-store credit).
  5. Buku yang dibeli akan dihantar terus ke alamat yang didaftarkan.
  6. Proses selesai. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *