Oleh Noraini Nordin
(Sorotan Lawatan Rasmi Delegasi KEADILAN ke Republik Rakyat China Sempena Sambutan Ulang Tahun ke 50 Hubungan Diplomatik Malaysia-China)
27 Mei 2024
Inilah bukan lawatan ‘makan angin ‘ atau berjalan-jalan ‘cari makan’.
Lawatan Rasmi 50 Delegasi KEADILAN ke Republik Rakyat China baru-baru ini adalah undangan daripada kerajaan benua tersebut kepada Parti KEADILAN Rakyat sempena Sambutan Ulang Tahun ke 50 Hubungan Diplomatik Malaysia- China.
Naib Presiden KEADILAN Nurul Izzah Anwar telah diberi tanggungjawab untuk mengetuai kunjungan bersejarah ini dan misi tersebut telah beliau lunaskan dengan cemerlang.
Bagi yang menjadi delegasi ini sudah pasti memahami apakah tugasan kita selanjutnya sebagai ‘duta kecil’ yang diberi peluang menuntut ilmu tanah besar China ini.
Justeru itu kita tidak perlulah berkecil hati dengan kecaman atau sindiran daripada ‘orang’ yang tidak bersama kita.
Jika mereka jujur serta berniat baik pasti mereka akan berminat untuk mengetahui hasilan pengalaman atau apa yang berjaya kita timba di negara yang memiliki populasi kira-kira 1.4 bilion ini.
Selaku ketua delegasi
Nurul Izzah Anwar telah menunjukkan cantoh yang terbaik bukan sahaja ketepatan masa, displin yang tinggi, cakna kebajikan, serta bijak berdiplomsi serta berkomunikasi dengan wakil-wakil pimpinan kerajaan China termasuk yang bertaraf menteri.
Kepintaran Nurul Izzah berdiskusi dengan CEO syarikat -syarikat gergasi China juga membuktikan bahawa beliau mahir serta memahami potensi ekonomi untuk dua negara bekerjasama sekali gus untuk Malaysia Madani lebih cemerlang.
LAWATAN UNDANGAN KERAJAAN CHINA
Perlu dijelaskan lagi lawatan tersebut adalah atas undangan Kerajaan China kepada Parti KEADILAN Rakyat.
Secara mudah untuk difahami, Nurul Izzah selaku ketua delegasi adalah mewakili parti KEADILAN bukan mewakili kerajaan, meski bapanya adalah Perdana Menteri.
Beliau mengetuai delegasi atas kapasiti Naib Presiden KEADILAN bukan mewakili kerajaan atas nama anak Perdana Menteri
Selaku ketua delegasi, sepanjang lawatan dan dalam menghadiri pelbagai program yang telah sedia diatur, Nurul Izzah benar-benar memperlihatkan komitmennya yang amat tinggi.
Semua lawatan, mesyuarat, taklimat, perbincangan dan sebagainya dihadiri oleh beliau selaku ketua delegasi dengan tenang dan dengan minat yang tinggi.
Tidak pernah sekali pun beliau menunjukkan wajah yang letih atau merungut kerana jadual yang padat, jauh sekali cuba ponteng untuk digantikan dengan orang lain.
Beliau benar-benar berperanan sebagai ketua serta mengambil bahagian dalam setiap pertemuan atau perbincangan dengan pelbagai pihak yang ditemui di China.
Dengan komitmen Nurul Izzah itu, secara tidak langsung beliau telah mengharumkan serta memberi impak positif kepada nama negara.
SERIUS BEKERJA
Ia memberi gambaran pemimpin muda dan pelapis masa depan yang ada di Malaysia adalah benar-benar serius bekerja untuk negara.
Lawatan ini bertambah lancar dan penuh pengisian kerana kerajaan China amat menghormati Malaysia yang diterajui oleh PMX Datok Seri Anwar Ibrahim.
Terima kasih Nurul Izzah dan semua team sekretariat yang telah melaksanakan tugas dengan cemerlang sepanjang hampir 11 hari kita bersama.
Lawatan yang amat berbaloi serta menyuntik semangat untuk kami meneruskan tanggungjawab memperkasakan parti dan Malaysia Madani.
Penulis juga adalah Ketua Penerangan Wanita KEADILAN Pusat