Malaysia disanjung tinggi kerana infrastruktur lengkap, pekerja berbakat

Oleh Noraini Nordin
(Yang turut bersama dalam Lawatan Rasmi Delegasi KEADILAN ke Republik Rakyat China Sempena Sambutan Ulang Tahun ke 50 Hubungan Diplomatik Malaysia-China)

26 Mei 2024

Cerita lawatan penulis ke China masih belum berakhir mestipun kami telah kembali ke tanah air pada 24 Mei 2024 (sekitar pukul 2 pagi) .

Masih banyak yang perlu dikongsikan hasilan daripada lawatan rasmi Delegasi KEADILAN yang diketuai oleh Naib Presiden Parti Nurul Izzah Anwar ke benua tersebut.

Perkongsian yang bukan sahaja berkaitan dengan pendidikan, politik tetapi juga ekonomi serta budaya.

MALAYSIA SEMAKIN MENJADI TUMPUAN

Paling menarik serta amat membanggakan apabila
Malaysia semakin menjadi tumpuan syarikat-syarikat gergasi China untuk melabur dan mengembangkan perniagaan mereka di sini.

Tarikan terhadap Malaysia ini secara langsung memberi keuntungan kepada kedua-dua pihak – Malaysia dan China .

Pastinya ekonomi negara semakin teguh, peluang pekerjaan bertambah luas khasnya kalangan penduduk tempatan termasuk golongan muda.

Dalam kunjungan ke syarikat-syarikat gergasi di China – delegasi KEADILAN secara khusus diberitahu bahawa Malaysia menjadi tumpuan kerana infrastrukturnya yang lengkap serta memiliki tenaga kerja yang berbakat.

Dengan dua pra syarat yang tersedia itu, ia secara langsung memudahkan lagi syarikat-syarikat China untuk melabur atau menambah pelaburan mereka di negara ini.

Contohnya semasa mengunjungi Huawei di Shenzen, Ketua Pegawai Eksekutif Huawei Malaysia, Simon Sun sendiri mengakui sebab utama syarikat teknologi gergasi itu mampu bertapak lama di negara ini adalah kerana bakat anak-anak muda yang dimiliki Malaysia.

Beliau juga berterus terang memuji bakat anak-anak muda negara ini dalam industri teknologi.

POTENSI BAKAT-BAKAT MUDA

Beliau turut berbangga kerana 70 peratus daripada pekerja Huawei di Malaysia adalah rakyat tempatan.

Menyedari bakat-bakat yang berpotensi itu, Simon berkata, pihaknya mempunyai komitmen untuk menyediakan program latihan bagi meningkatkan kemahiran pelajar-pelajar IPT Malaysia.

Huawei Malaysia dianggarkan mempunyai lebih 3,000 pekerja.

Inisiatif Huawei termasuk pemetaan langsung, penjagaan kesihatan berasaskan AI dan sistem pengangkutan canggih.

Usaha tersebut bertujuan memperbaiki persekitaran bandar dan kecekapan industri, serta menyokong pertumbuhan ekonomi Malaysia melalui pendidikan serta latihan yang lebih baik.

Delegasi KEADILAN mengunjungi syarikat Huawei adalah bagi mendalami teknologi merentas industri dan sektor awam dengan kemahiran serta pengetahuan penting mengenai transformasi digital.

Selain banyak yang dipelajari dalam lawatan tersebut, ia turut menerbitkan rasa bangga kerana negara ini menerima banyak pujian dalam konteks merangsang pelaburan asing.

Pastinya keyakinan pelabur-pelabur China tersebut semakin meningkat kerana Kerajaan Madani yang diterajui oleh PMX Dato’ Seri Anwar Ibrahim amat utamakan ketelusan serta anti rasuah.


Penulis juga adalah Ketua Penerangan Wanita KEADILAN Pusat

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *