PRK KKB :- Cabaran dari tiga calon tidak jejas peluang Pang menang bergaya

Oleh Noraini Nordin
(Sorotan PRK KKB)

27 April 2024

Hari penamaan calon PRK Kuala Kubu Bharu telah pun selesai semalam dan kini adalah masa untuk semua calon mula bekerja serta menggerakkan jentera masing-masing bagi memastikan kemenangan berjaya digenggam.

Calon PH yang mewakili Kerajaan Perpaduan, Pang Sock Toa daripada DAP akan ditentang oleh tiga pencabar.

Mereka ialah pemangku Ketua Bahagian Bersatu Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut yang mewakili PN, Hafizah Zainuddin daripada PRM (Parti Rakyat Malaysia) dan Nyau Xe Kin, seorang calon Bebas.

Berbekalkan majoriti kemenangan pada PRN lalu mendiang Lee Kee Hiong berjaya memenangi kerusi Dun Kuala Kubu Bharu dengan majoriti 4119 undi, selain DAP telah mencengkam kawasan tersebut sejak 2013, Pang dilihat tidak berdepan masalah untuk mempertahankan kemenangan, meski dicabar oleh tiga lawan.

Peluang Pang lebih cerah untuk menang bergaya.

Walaupun diasak oleh tiga calon lawan dalam PRK DUN Kuala Kubu Bahru namun calon yang mewakil Kerajaan Perpaduan diyakini lebih cerah oleh kalangan pengundi DUN tersebut.

CALON WANITA MUDA

Sebagai calon wanita yang masih muda dan banyak tenaga, Pang diyakini mampu memberi khidmat lebih baik lagi sebagai wakil rakyat kepada pengundi Kuala Kubu Bharu.

Tambahan lagi, pengalamannya bekerja sebagai Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming sebelum ini turut merupakan suatu kelebihan kepadanya.

Ertinya Pang adalah sosok yang sudah biasa bercampur dengan masyarakat dan atas tugasnya dalam kerajaan perpaduan selama ini.

Seiring dengan bertanding pun mewakili Kerajaan Perpaduan, kedudukan Pang itu menjadikannya ada kelebihan berbanding tiga pencabarnya yang lain itu.

Paling penting, Pang bertanding adalah untuk mengukuhkan lagi kerajaan negeri Selangor daripada sebarang ancaman dan gangu gugat pihak lawan.

Kemenangan beliau pada 11 Mei depan akan memadamkan impian awal pihak lawan daripada terus ‘berkokok’ dan memasang impian menawan Selangor.

Lantaran itu, memenangkan Pang adalah kewajipan bagi semua parti yang bernaung di bawah Kerajaan Perpaduan.


Penulis juga adalah Ketua Penerangan Wanita KEADILAN Pusat

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *