PRK KKB-Sebarkan semangat perpaduanelak kempen secara ‘jahiliah’

Oleh Noraini Nordin
(Sorotan PRK KKB)

26 April 2024

Ini bukan ‘pertempuran’ calon Cina lawan calon Melayu.
Bukan juga persaingan calon siapa tua atau calon mana muda, kacak atau lawa .

PRK Kuala Kubu Bahru (KKB) adalah persaingan
calon parti mana yang mampu menawarkan perkhidmatan terbaik kepada kepada pengundi DUN Kuala Kubu Bharu.

Jangan cemarkan kempen-kempen KKB dengan seruan-seruan rasis, ‘ assabiah dan jahiliah’ yang boleh menjejaskan keharmonian.

Apabila gedang perang kempen PRK sudah dipalu
Agen-agen propadanda wajib guna otak dan akhlak yang murni sewaktu berkempen.

ESOK PENAMAAN CALON

Penamaan calon PRK Kuala Kubu Bharu akan diadakan esok, 27 April di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor di Jalan Merdeka, Pekan Kuala Kubu Bharu.

Bermula 9 pagi, bakal calon daripada parti yang bertanding termasuk calon Bebas boleh menyerahkan borang pencalonan masing-masing di pusat penamaan calon yang telah ditetapkan itu.

Proses penyerahan kertas pencalonan akan ditutup sejam selepas itu.

Sebaik urusan proses penamaan calon selesai, pegawai pengurus pilihan raya akan mengisytiharkan nama-nama calon yang layak bertanding bagi PRK berkenaan.

Bagi penyokong-penyokong PH, tempat berkumpul yang ditetapkan ialah di depan Agro Bank, Pekan Kuala Kubu Bharu.

Mereka yang ingin menyertai perarakan boleh mula berkumpul seawal jam 7.00 pagi dan kemudian bergerak bersama-sama mengiringi calon sehingga ke pusat penamaan calon.

Setakat ini, Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Pang Sock Tao telah dinamakan sebagai calon mewakili PH manakala pemangku Ketua Bahagian Bersatu Hulu Selangor Khairul Azhari Saut akan mewakili PN.

TEMPOH KEMPEN 14 HARI

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tempoh berkempen selama 14 hari bermula sebaik saja selepas pengisytiharan calon yang bertanding sehingga 11.59 malam, 10 Mei.

Daftar pemilih bagi PRK Kuala Kubu Bharu adalah seramai 40,226 orang terdiri daripada 39,362 pengundi biasa, 625 anggota polis, 238 anggota tentera dan pasangan serta seorang pengundi tidak hadir luar negara.

SPR menetapkan hari pengundian bagi PRK berkenaan adalah pada 11 Mei, manakala pengundian awal pada 7 Mei.

Bagi PH dan seluruh jentera kerajaan perpaduan, PRK Kuala Kubu Bharu bukanlah bukan pertembungan Melayu dengan Cina atau siapa lawa, siapa muda dan siapa tua.

PRK tersebut adalah untuk memilih Adun baharu bagi menggantikan penyandang lama yang telah meninggal dunia.

Apabila yang hendak dipilih adalah wakil rakyat, perkiraan yang paling penting ialah sama ada pilihan itu mampu menyelesaikan masalah pengundi Kuala Kubu Bharu atau sekadar Adun yang sembang kencang semata-mata.

Maka, memilih wakil rakyat yang mewakili kerajaan haruslah menjadi keutamaan kerana hanya kerajaan yang ada kemampuan dalam banyak perkara untuk menyelesaikan permasalahan rakyat yang memerlukan bantuan.

Untuk itu, bermula pada hari penamaan calon esok, penyokong-penyokong PH dan kerajaan perpaduan mesti turun beramai-ramai menunjukkan sokongan kepada calon yang telah ditetapkan, Pang Sock Toa.

Sebagai kerajaan, PH tidak boleh kalah di Kuala Kubu Bharu ini dan semua penyokong parti dalam kerajaan perpaduan wajib menunjukkan perpaduan dan kekuatan seawal hari penamaan calon sehinggalah ke hari pengundian.

Kita tunjuk perpaduan, kita pamer kekuatan dan kita bekerja keras – yakinlah kemenangan tetap jadi milik kita.


Penulis juga adalah Ketua Penerangan Wanita KEADILAN Pusat

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *