PADU semakin padu, tahniah rakyat Malaysia yang telah mendaftar

Oleh Noraini Nordin (Ulasan berita)

Menjelang esok, 31 Mac sebagai hari terakhir untuk rakyat Malaysia mendaftar dalam sistem maklumat Pangkalan Data Utama (PADU), sambutan yang diperlihatkan di hari-hari terakhir ini ternyata amat memberangsangkan sekali.

Setakat semalam, seramai 9.82 juta daripada 30.08 rakyat Malaysia telah mendaftar dengan PADU.

Menurut status di laman Facebook Padu Official, Selangor merekodkan pendaftaran 1.56 juta, Johor (1.10 juta); Perak (0.98 juta); Sarawak (0.90 juta); Sabah (0.83 juta); dan Kedah (0.76 juta).

Selain itu, Kelantan mencatat 0.67 juta; Kuala Lumpur (0.57 juta); Pulau Pinang (0.56 juta); Pahang (0.55 juta); Terengganu (0.46 juta); Negeri Sembilan (0.42 juta); Melaka (0.30 juta); Perlis (0.11 juta); Putrajaya (0.03 juta); dan Labuan (0.02 juta).

Jika sebelum ini laporan menyebut sehingga 16 Mac lalu hanya 5.22 juta rakyat Malaysia yang telah mendaftar dengan PADU angka terkini yang terpapar jelas amat baik sekali.

USAHA GIGIH TEAM KEMENTERIAN EKONOMI

Peningkatan pendaftaran ini bukan saja kerana usaha gigih team Kementerian Ekonomi di bawah pimpinan Rafizi Ramli yang berterusan menggerakkan usaha bagi memastikan lebih ramai yang mendaftar, sebab lain tentunya kerana bertambahnya kesedaran di kalangan rakyat sendiri.

Sistem PADU dibangunkan dengan tujuan utama untuk perlaksanaan sistem subsidi bersasar dan hanya mereka yang mendaftar saja akan beroleh manfaat daripadanya.

Untuk itu, mahu tidak mahu, mereka ingin menikmati subsidi bersasar, mestilah mendaftar dengan PADU.

Di samping itu, meningkatnya jumlah pendaftaran kebelakangan ini adalah turut didorong oleh sikap rakyat negara ini yang suka berbuat sesuatu di saat-saat akhir.

Dengan trend tersebut, adalah dipercayai hari ini dan esok akan tambah meningkat lagi jumlah yang mendaftar dengan PADU.

Tahniah kepada semua yang bekerja keras memastikan kejayaan PADUu -kalian memang padu.


Penulis juga adalah Ketua Penerangan Wanita KEADILAN Pusat

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *