PUTRAJAYA, 25 Mac 2024 – Majlis Perjumpaan Khas YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri Bersama Pengurusan Tertinggi dan Pengamal Media yang telah berlangsung di BoraOmbak Marina, Putrajaya petang tadi.
Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan taklimat Pindaan Perlembagaan (Kewarganegaraan) 2024 oleh wakil daripada Bahagian Pendaftaran Negara dan Pertubuhan, Kementerian Dalam Negeri.
Majlis diteruskan dengan sesi soal jawab oleh YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri bersama rakan-rakan media.
Turut hadir YB Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah, Timbalan Menteri Dalam Negeri, YBhg. Datuk Haji Ruji bin Haji Ubi, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, YBhg. DIGP Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay, Timbalan Ketua Polis Negara, Timbalan-timbalan Ketua Setiausaha, dan Ketua-ketua Jabatan serta Pengurusan Tertinggi Kementerian Dalam Negeri.
#KeselamatanTanggungjawabBersama
#KDN_TogetherWeAreOne
#MalaysiaMADANI
#KementerianDalamNegeri