MOF sahkan Nurul Izzah difitnah

Oleh Noraini Nordin (Ulasan berita)

Nurul Izzah difitnah lagi. Begitulah yang boleh dirumuskan
setelah dokumen tular yang bertebaran beberapa hari lalu di media sosial disahkan fitnah oleh Kementerian Kewangan (MOF) .

MOF dalam kenyataan melalui platform FB hari ini akhirnya tampil menafikan dokumen yang mendakwa bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar dibayar sebanyak RM35,000 sebulan sebagai Penasihat kepada Agensi Pelaksanaan Ekonomi dan Koordinasi Strategik Nasional (Laksana) adalah fitnah.

Kementerian itu menerusi kenyataan di Facebook berkata, surat tular yang ditularkan di media sosial adalah fitnah semata-mata.

“Dokumen Perjanjian yang ditularkan itu merupakan sebuah draf tawaran yang tidak sah,” kata MOF di Facebook hari ini.

MOF seterusnya menjelaskan, perjanjian yang sah yang telah ditandatangani oleh Nurul Izzah adalah untuk memberi khidmat nasihat kepada Laksana secara ‘pro bono’ atau tanpa mengambil imbuhan kewangan mahupun sebarang faedah, seperti yang telah dimaklum kepada umum.

Sebelum ini, tukar dokumen di media sosial yang menyatakan Nurul Izzah yang juga Naib Presiden PKR dibayar sebanyak RM35,000 oleh Laksana.

Dua individu lain turut dikaitkan menerima bayaran daripada Laksana – seorang RM20,000 sebulan dan seorang lagi RM5,000 sebulan.

Nurul Izzah yang turut menerima kiriman dokumen berkenaan lantas menyatakannya sebagai fitnah, malah menyatakan peguamnya akan mengmbil tindakan susulan yang sewajarnya kepada mereka menabur fitnah berkenaan.

Oleh itu tindakan Naib Presiden KEADILAN membuat laporan berkaitan fitnah ini adalah sangat tepat.

Individu yang menyebarkan berita fitnah ini wajar diambil tindakan tegas berlandaskan undang-undang negara.


Penulis juga adalah Ketua Penerangan Wanita KEADILAN Pusat

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *