Oleh Noraini Nordin
Amanah terus mara mengorak langkah memperkukuh parti tersebut dengan gandingan pemimpin lama dan baharu.
Setelah selesai mengadakan pemilihan kepimpinan di peringkat pusat, kini tiba masanya Amanah menyusun peneraju di peringkat negeri pula.
Sebagaimana yang diumumkan Setiausaha Agung Amanah, Muhammad Faiz Fadzil, berikut adalah senarai Pengerusi Negeri-Negeri yang dilantik itu.
- Johor – Aminolhuda Bin Hassan
- Kedah – Mohd Asmirul Anuar Bin Aris
- Kelantan – YB Adly Bin Zahari
- Melaka – Datuk Ashraf Mukhlis Bin Minghat
- Negeri Sembilan – YB Datuk MK Ibrahim Bin Abd Rahman
- Pahang – Mohd Fadzli Bin Mohd Ramly
- Perak – Datuk Asmuni Bin Awi
- Perlis – Wan Kharizal Bin Wan Khazim
- Pulau Pinang – Muhammad Faiz Bin Fadzil
- Sabah – Lahirul Bin Latigu
- Sarawak – Abang Abdul Halil abin Abang Naili
- Selangor – YB Izham Bin Hashim
- Terengganu – YB Mohd Hasbie Bin Muda
- Wilayah Persekutuan – Khalid Bin Abd Samad.
Menurut Faiz, semua pelantikan telah melalui proses syura yang merupakan prinsip utama dalam pentadbiran Amanah dengan mengambilkira pandangan akar umbi di peringkat kawasan-kawasan bagi memastikan amalan demokrasi terus subur dalam parti.
Beliau seterusnya yakin pelantikan Pengerusi Negeri baharu ini yang melibatkan gandingan penyandang dan tokoh baharu akan membantu memantapkan pentadbiran parti di semua peringkat.
“Ini penting bagi mengukuhkan jentera menghadapi pilihan raya umum akan datang dan meningkatkan sokongan rakyat kepada Kerajaan Perpaduan di seluruh negara,” tegas beliau.