RM300 juta peruntukan untuk selesaikan gangguan bekalan air Labuan

(Petikan FB Anwar Ibrahim- Berita/Foto – Lawatan PMX di Sabah)

Saya singgah di Labuan dalam Majlis Menyantuni Ketua Isi Rumah Miskin Tegar dan Majlis Amanat Bersama Wilayah Persekutuan Labuan seraya diapit Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Noor, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali serta Pengerusi Perbadanan Labuan Merangkap Ahli Dewan Negara, Senator Tan Sri Anifah Aman.

Kesempatan ini saya gunakan bagi menyampaikan pelbagai amanat dan perancangan kerajaan termasuk menyegerakan isu-isu rakyat yang penting iaitu bekalan air sebagai antara rancangan pembangunan Labuan.

Hatta, sejumlah RM300 juta diperuntukkan bagi menyelesaikan masalah gangguan bekalan air yang berlarutan di di Labuan dalam Belanjawan 2024.

Sementelahan, bagi memacu pembangunan ekonomi Labuan, satu persidangan membabitkan peranan pusat perniagaan dan kewangan antarabangsa Labuan (Labuan IBFC), Bank Negara (BNM), Suruhanjaya Sekuriti (SC) dan Bursa Malaysia akan diadakan Januari depan.

Insya-Allah, perancangan ini antara diramcang bagi mengangkat semula peranan Labuan sebagai pusat perniagaan dan kewangan tersohor di rantau ini.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *