Warung, gerai yang bersih jadi tarikan pelancong – PMX

(Petikan FB Anwar Ibrahim- Berita/Foto – Lawatan PMX di Sabah)

Usai di Tenom saya langsung ke Penampang bagi menyempurnakan peluncuran Hari Penjaja dan Peniaga Kecil Peringkat Kebangsaan 2023.

Saya turut disertai Ketua Menteri, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas).

Saya zahirkan penghargaan kepada komuniti penjaja dan peniaga kecil yang telah memberi dukungan serta sumbangan kepada pertumbuhan sektor ekonomi negara.

Saya sentuh mengenai keperluan untuk membangunkan warung serta gerai rakyat yang bersih dan indah sekali gus dapat menjadi tarikan yang berkesan kepada pengunjung dan juga pelancong.

Untuk itu, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di seluruh negara diminta untuk merealisasikan usaha ini kerana sebahagian besar rakyat atau pelanggan masih memilih lokasi berkenaan ketimbang restoran-restoran mewah.

Harus ada tekad daripada semua pihak untuk memastikan negara kita dikenali dengan warung, gerai dan restoran bersih sebagai mercu tanda, tidak hanya gedung pencakar langit atau hotel lima bintang semata.

Selain itu, kita juga harus memberi tumpuan kepada keindahan landskap taman di setiap bandar, lalu mengekalkan bangunan-bangunan yang punyai nilai sejarah di negara ini dalam membangun kota warisan.

Langkah ini penting bagi terus mempertahan nilai sejarah dalam setiap projek raksasa yang ingin dijalankan, selain memastikan pelan pembangunan direncana dengan baik demi memastikan kesejahteraan rakyat.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *