(Petikan fb Fadhlina Sidek – Berita/Foto)
Menerima kunjung hormat Duta Besar Turkiye ke Malaysia, TYT Emir Salim Yüksel di Kementerian Pendidikan Malaysia semalam. Melalui pertemuan ini, saya telah mengucapkan tahniah atas sambutan ulang tahun ke-100 penubuhan Republik Turkiye baru-baru ini.
Pelbagai perkara yang berkaitan ruang kerjasama khususnya dalam ranah pendidikan antara Malaysia dan Turkiye telah dibincangkan dalam pertemuan ini.
Diplomasi pendidikan antara Malaysia dan Turkiye sememangnya telah terjalin lama melalui pelbagai projek kerjasama antarabangsa, termasuk program pertukaran pelajar, kursus jangka pendek dan persidangan pendidikan. Dalam usaha untuk memperkukuhkan pendidikan Malaysia dan pada masa yang sama memantapkan kerjasama erat antara Malaysia dan Turkiye, kerjasama dalam bidang pendidikan akan terus dipertingkatkan menerusi Memorandum Persefahaman (MOU) yang akan dimeterai kelak.
#MalaysiaMADANI