(Petikan FB Anwar Ibrahim – Berita/Foto)
Sewaktu berucap melancarkan Pelan Struktur Kuala Lumpur (PSKL) 2040 seraya diapit Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil, Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Kamarulzaman Mat Salleh serta Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, saya singgung supaya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak melengahkan kelulusan sebarang projek yang sudah diputuskan supaya memudahkan urusan perniagaan kepada semua pihak termasuk pelaburan asing.
Pada hemat saya, tindakan melengahkan pelaksanaan projek sedemikian akan memberi kesan dan kesukaran kepada pelbagai pihak khususnya jika ia membabitkan kepentingan pelabur dan masyarakat.
Dalam platform yang sama, saya maklumkan, PSKL 2040 sebelum ini ditangguhkan susulan permintaan kerajaan bagi mengubahsuai pelan tersebut supaya dapat diselaraskan mengikut kerangka Madani yang diperkenalkan.
Beberapa pelan dan struktur yang telah dipersetujui sebelum ini tetap diteruskan dengan beberapa penekanan tambahan supaya ia bersesuaian dengan situasi semasa.
Insya-Allah, PSKL 2040 bakal memartabatkan ibu negara Malaysia sebagai bandar raya inklusif berpaksikan pembangunan mampan, pengurusan bertaraf antarabangsa serta jaminan kualiti hidup bandar raya yang sejahtera.
– Anwar Ibrahim –
#MalaysiaMADANI