Fadhlina angkat agenda Pendidikan Damai Malaysia di UNESCO

(Petikan FB Fadhlina Sidek – Berita/Foto)

Satu penghormatan buat Malaysia apabila saya dapat menyertai sesi Dialog Peringkat Menteri Berkaitan Pendidikan Keamanan UNESCO (UNESCO High-Level Ministerial Dialogue on Education) di Paris, Perancis bermula pada 7 November hingga 10 November 2023.

Persidangan Kali ini mengangkat agenda Pendidikan Damai yang mengungkapkan peranan setiap negara dalam memupuk budaya damai, harmoni dan mesej keamanan menerusi peranan pendidikan.

Memetik kata Maria Montessori, ” Education is the best weapon for Peace”, selamanya peranan pendidikan harus tuntas mengangkat tema kemanusiaan sejagat dan nirmala keharmonian marcapada ini.

– Fadhlina Sidek –

#MalaysiaMADANI

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *