RM100 juta diperuntukkan untuk menampung pekebun kecil meningkatkan hasil kelapa sawit – PMX

Perdana Menteri Datok Seri Anwar Ibrahim telah merasmikan majlis Kongres Antarabangsa Minyak Sawit dan Pameran (PIPOC 2023) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Turut sama Timbalan Perdana Menteri. dan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan.

Program tersebut yang bertemakan “Navigating Uncertainties, Building Resilience” adalah cetusan mengenai usaha industri minyak kelapa sawit dalam mendepani tantangan semasa dan global saat ini.

Datok Seri Anwar telah menyentuh mengenai prestasi keseluruhan industri minyak kelapa sawit dan keupayaannya untuk melonjak selain memperakui sumbangan dan peranan pekebun kecil dan sederhana kepada tahap produktiviti negara. Dalam Belanjawan MADANI Kedua 2024, Kerajaan telah memperuntukkan sejumlah RM100 juta yang akan menampung pekebun kecil dalam meningkatkan keberhasilan minyak kelapa sawit.

Produk agrokomoditi Malaysia terutamanya minyak kelapa sawit, selain balak, koko, dan getah akan tertakluk kepada European Union Derorestation-free Regulation (EUDR) yang akan berkuatkuasa pada Januari 2025 kelak.

” Meski kita faham semangat di sebalik peraturan ini, Malaysia menggesa agar ia ditegakkan dengan adil dan dan berimbang.

” Malaysia sedang giat bekerjasama dengan Indonesia dalam hal ini melalui EUDR Ad-Hoc Joint Task Force bagi memampan pekebun kecil dari dampak yang negatif dan yang mungkin akan mengesankan tahap hidup mereka” jelas Perdana Menteri.

– Anwar Ibrahim –

#MalaysiaMADANI

(Petikan FB Anwar Ibrahim – Berita/Foto)

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *