(Petikan FB Anwar Ibrahim – Berita/Foto)
Sewaktu berucap merasmikan Kolokium MADANI Perkhidmatan Awam, saya singgung kepada aspek amalan rasuah, penyelewengan dan pembaziran yang perlu dihentikan kerana ia beri kesan pengagihan kepada golongan memerlukan.
Hatta, pembaziran mengakibatkan kerugian jutaan ringgit dan amalan itu perlu dibanteras dengan tekad politik dari Jemaah Menteri serta dukungan penjawat awam.
Apakala ada yang sanggup bersekongkol dengan seluruh sistemnya, ilmuan dan ahli akademik diam pula membisu dan pentadbir yang susah terima kenyataan ini dan tidak mampu lakukan perubahan.
Maka tidak mustahil wujudnya penyelewengan dan beberapa skandal besar yang merugikan negara.
Di akhir kalam sebelum pulang ke pejabat, saya sempat titipkan penghargaan kepada Jemaah Menteri, Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Mohd Zuki Ali dan pimpinan penjawat awam kerana mempamerkan prestasi membanggakan dalam tempoh hampir setahun pentadbiran Kerajaan Perpaduan.
Moga pentadbiran kerajaan ini akan lebih bermanfaat dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat, Insya-Allah.
– Anwar Ibrahim –
#MalaysiaMADANI