KPM terus cakna kebajikan, keselamatan murid semasa musim banjir

(Petikan FB Fadhlina Sidek – Berita/Foto)

KPM amat cakna dan memandang serius kebajikan dan keselamatan murid serta seluruh warga KPM semasa musim banjir. Kesiapsiagaan bencana merupakan proses berterusan yang perlu sentiasa dikemas kini agar mutakhir serta inklusif seiring dengan perubahan iklim semasa.

Maka, sejajar dengan aspirasi tersebut, program Kesiapsiagaan Menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) 2023/2024 Peringkat KPM telah dilancarkan pagi tadi di SK Dato’ Haron 2, Petaling Jaya.

Suka untuk saya kongsikan disini antara persediaan yang telah dilaksanakan oleh KPM, iaitu penubuhan Jawatankuasa Task Force Bencana Banjir MTL, surat peringatan menghadapi bencana banjir kepada institusi pendidikan KPM, pengaktifan Bilik Gerakan Bencana,
sukarelawan terlatih, kit kelengkapan pasca banjir dan perkhidmatan kaunseling untuk mangsa banjir.

Lebih 5000 buah sekolah di seluruh negara telah didaftarkan sebagai PPS dan sekolah-sekolah ini perlu dinaik taraf bagi menghadapi bencana banjir.

Semoga isu banjir dapat kita tangani bersama dan syabas kepada semua pihak dan agensi yang terlibat dalam merangka program ini. Kekal selamat dan sentiasa lengkapkan diri dengan info cuaca semasa.

– Fadhlina Sidek-

#MalaysiaMADANI

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *