(Petikan FB Fahmi Fadzil – Berita/Foto)
Seramai 700 orang penerima sumbangan perayaan Deepavali sekitar kawasan Lembah Pantai tahun ini.
Alhamdulillah, program Majlis Sumbangan Deepavali di PPR Sri Pantai ini berjalan lancar dengan kerjasama Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Lembah Pantai dan terima kasih kepada semua yang terlibat.
Semoga sumbangan-sumbangan ini sedikit sebanyak dapat menceriakan dan memberi kegembiraan kepada penerima. Usaha dan kesungguhan mendekati golongan kurang berkemampuan seperti ini boleh memberi peluang serta ruang untuk golongan yang lebih berkemampuan berkongsi rezeki.
– Fahmi Fadzil
Menteri Komunikasi dan Digital