(Petikan BERNAMA – Berita/Foto)
Seorang lelaki ditahan selepas disyaki membuat hantaran berbaur ugutan jenayah terhadap Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata lelaki berusia 28 tahun itu, yang disyaki pemilik atau pengendali akaun Twitter @syahmisufi8, ditahan di Setapak, Kuala Lumpur.
“Permohonan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah ke atas lelaki itu dibenarkan selama tiga hari.
” Setakat ini, empat laporan polis diterima berhubung isu sama, ” katanya dalam kenyataan semalam.