Malaysia akan terus adakan rundingan dengan OIC, Liga Arab setiap hari untuk kembalikan hak Palestin

(Petikan FB Anwar Ibrahim- Berita/Foto)

” Usai singgah makan tengah hari di Ramli Corner Selera Kampung Dengkil, saya disapa media berkaitan keputusan Persidangan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) yang gagal mencapai kata putus berhubung perang Israel-Palestin.

Saya maklumkan, Malaysia tidak peduli apa keputusan yang dicapai, hatta yang penting adalah perlunya dikembalikan hak Palestin dan serangan tentera Zionis perlu dihentikan selain salurkan bantuan kemanusiaan, makanan dan perubatan perlu disegerakan dan menjadi keutamaan ketika ini.

Sayugia, Malaysia akan terus menjalinkan kerjasama dengan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan Liga Arab serta mengadakan rundingan setiap hari untuk perkembangan semasa dimana kami sepakat bahawa peperangan ini segera dihentikan.

Itu keutamaan negara-negara Islam! Teruskan solidariti dan sokongan tidak berbelah-bahagi kepada Palestin!

– Anwar Ibrahim –

#MalaysiaMADANI

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *