Oleh Noraini Nordin
Susulan tular sebuah klip video yang memaparkan gambar kanak-kanak sekolah sedang memegang senjata mainan yang dipercayai ada kaitan dengan sokongan kepada Palestin, Kementerian Pendidikan Malaysia berkata, pihaknya tidak berkompromi dengan sebarang aktiviti berbentuk ekstremisme di sepanjang penganjuran Minggu Solidariti Palestin yang akan diadakan bermula 29 Oktober hingga 3 November depanz
Selain itu, penggunaan replika senjata, ikon dan simbol yang mengandungi elemen provokasi serta konfrontasi adalah juga tidak dibenarkan sama sekali.
KPM dalam kenyataannya berkata, mereka bertegas dalam hal berkenaan kerana penganjuran program itu adalah bertujuan mendidik murid-murid tentang nilai manusiawi yang turut merangkumi hak asasi kemanusiaan, keamanan dan kedamaian sejagat.
Malah, kata kenyataan itu lagi, Minggu Solidariti Palestin yang dijadualkan berlangsung pada 29 Oktober hingga 3 November itu perlu dijadikan platform untuk mendidik murid tentang nilai-nilai murni, toleransi, kasih sayang dan saling hormat menghormati.
“KPM menggalakkan penganjuran aktiviti-aktiviti yang mendukung isu kemanusiaan seperti tayangan video kedamaian, seyembara puisi kemanusiaan, pertandingan lukisan poster tema kedamaian dan kutipan sumbangan kepada rakyat Palestin di sepanjang pelaksanaan program ini,” kata kenyataan itu lagi.
KPM dengan tampil dengan kenyataan ini susulan tersebarnya sebuah video yang memaparkan sekumpulan kanak-kanak sekolah yang memegang senjata mainan yang dipercayai ada kaitan dengan sambutan Minggu Solidariti Palestin di semua institusi KPM yang bakal diadakan.
Tambah kenyataan itu, KPM mengambil perhatian kebimbangan masyarakat mengenai tularnya video tersebut di pelbagai platform media sosial yang seolah-olah program berkenaan mempunyai unsur-unsur ekstremisme.
Menurut KPM, program yang dimuatkan dalam video tular itu adalah di luar tempoh waktu pelaksanaan Minggu Solidariti Palestin yang hanya akan bermula esok (29 Oktober) dan ia tidak mengikuti panduan yang ditetapkan KPM.
Do’s untuk Minggu Solidariti Palestin:
- Fokus pada Kemanusiaan: Tekankan perjuangan kemanusiaan dan pentingnya kedamaian, bukannya elemen keganasan atau kontroversi.
- Dorong Pemahaman: Libatkan aktiviti pendidikan seperti ceramah, pameran foto, atau tayangan dokumentari yang memberi gambaran sebenar situasi di Palestin.
- Jemput Penceramah yang Berwibawa: Pilih penceramah yang berpengetahuan dan mampu menyampaikan fakta dengan cara yang berimbang.
- Galakkan Dialog Terbuka: Anjurkan sesi soal jawab atau forum diskusi untuk membincangkan isu dengan pelbagai perspektif.
- Ajak Kerjasama: Jemput organisasi-organisasi kemanusiaan dan NGO yang berpengalaman untuk berkolaborasi dalam program.
- Kempen Amal: Mengumpul sumbangan untuk bantuan kemanusiaan seperti makanan, pakaian, atau pendidikan.
- Promosi Kedamaian: Tekankan pentingnya kedamaian, keadilan, dan keharmonian dalam semua aktiviti.
Dont’s untuk Minggu Solidariti Palestin:
- Hindari Retorik Ekstremis: Jangan menggunakan bahasa atau simbol yang boleh dilihat sebagai provokatif atau menyokong keganasan. Contohnya; Senjata Api, pedang, tombak.
- Elakkan Menyalahkan Individu atau Agama: Jangan generalisasi atau menyalahkan seluruh kelompok atau agama tertentu atas dasar tindakan segelintir individu.
- Jangan Memanipulasi Fakta: Pastikan semua maklumat yang disampaikan adalah benar dan tidak disesatkan.
- Elakkan Aktiviti yang Boleh Menimbulkan Konfrontasi: Hindari aktiviti seperti protes jalanan yang boleh menimbulkan konflik atau ketegangan.
- Hindari Politik Partisan: Jangan memihak atau memberikan platform kepada mana-mana pihak politik.
- Jangan Hanya Menonjolkan Perspektif Satu Pihak: Walaupun tujuan adalah untuk menunjukkan solidariti kepada Palestin, cuba untuk memberikan gambaran yang berimbang tentang situasi.
- Elakkan Menggunakan Simbol atau Ikon yang Boleh Menimbulkan Kontroversi: Ini termasuklah bendera, slogan, atau gambar yang mungkin menyinggung perasaan pihak lain.
Dengan mematuhi senarai do’s dan dont’s ini, Minggu Solidariti Palestin di sekolah boleh dijalankan dengan cara yang berimbang, berwawasan dan menekankan pentingnya kemanusiaan dan kedamaian.
Beberapa rasional kenapa pelaksanaan minggu Solidariti Palestin di sekolah. Isu Palestin ini bukan hanya isu geopolitik yang memperjuangkan agama semata-mata, ianya merupakan isu kemanusiaan. Sebagai manusia yang cintakan kedamaian, beberapa rasional pelaksanaan minggu Solidariti Palestin ini di Sekolah.
MALAYSIA MENDIDIK
Pendidikan Untuk Perubahan
Penulis merupakan Pengarah Komunikasi Wanita KEADILAN Pusat merangkap Pemangku Ketua Penerangan Wanita KEADILAN Pusat