Surat menyurat di sektor swasta atau kerajaan mesti dalam Bahasa Melayu – Anwar

(Petikan FB Anwar Ibrahim/Berita/Foto)

Sewaktu berucap melancarkan Karnival Dekad Bahasa Kebangsaan dan Dekad Membaca Kebangsaan 2023 di Universiti Multimedia (MMU) hari ini, saya singgung peranan Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP) agar lebih perwira dalam bergerak ke arah memperkasakan Bahasa Melayu.

Sementelahan, kerajaan akan sentiasa memberi sokongan kepada DBP terhadap usaha memperkasakan Bahasa Melayu yang menjadi sebahagian daripada objektif Kerajaan Madani.

Jangan pula dicapak sumbangan daripada sasterawan-sasterawan negara dalam mengolah Bahasa Kebangsaan meski berdepan tantangan bagi menarik minat
generasi anak muda memperhalusi Bahasa Melayu dengan lebih mendalam.

Dalam pentas yang sama, saya turut mengarahkan sebarang surat menyurat oleh mana-mana pihak sama ada di sektor kerajaan mahupun swasta, diutuskan dalam Bahasa Melayu, atau surat itu dipulangkan semula jika ia diutus menggunakan bahasa lain selain bahasa kebangsaan.

Pemerkasaan budaya melalui bahasa sasteranya itu sesuatu yang penting. Bahasa jiwa bangsa!

– Anwar Ibrahim –

#MalaysiaMADANI

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *