Jangan kecoh lagi pasal beras, Kerajaan Perpaduan sedia pastikan bekalan cukup

Oleh Noraini Nordin

Kecoh dan rungutan sana sini isu beras sepatutnya sudah wajar dinokhtahkan.

Sejak awal lagi Kerajaan Perpaduan tidak pernah membiarkan rakyat bergelut dengan masalah ‘ kekurangan’ beras .
Sebaliknya Kerajaan Perpaduan yang diterajui oleh Perdana Menteri Datok Seri Anwar Ibrahim sentiasa berusaha keras memastikan bekalan tersebut tidak bermasalah.

Terkini , kesediaan India mengeksport 170 ribu tan beras putih ke Malaysia adalah berita gembira buat rakyat negara kita di sebalik hiruk pikuk kekurangan bekalannya sejak akhir-akhir ini.

Keputusan India itu dibuat sebagai tanda persahabatan India dengan negara kita.

India pada 20 Julai lalu menetapkan dasar melarang eksport beras putih ke negara luar bagi menjaga keperluan domestik beras di negara itu, selain bagi mengawal harga bekalan makanan ruji tersebut.

Berikutan keputusan India itu, banyak negara termasuk negara Malaysia , telah mengalami kekurangan bekalan beras, selain kenaikan harganya yang mendadak di pasaran.

Bagaimanapun, keputusan India membenarkan semula pengeksportan beras putih ke negara tentunya sesuatu yang melegakan.

Bersama 170 ribu tan beras yang diluluskan untuk dieksport itu, rakyat boleh menarik nafas lega kerana masalah kekurangan bekalan tidak akan timbul lagi.

Nasib baiknya di sebalik keputusan India itu ialah kerana Malaysia merupakan negara yang dikira sebagai sahabat kepada India.

Dalam hal ini, keyakinan India kepada kerajaan semasa yang dipimpin oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim tentunya merupakan salah satu penyumbang kepada keputusan tersebut.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datok Seri Mohamad Sabu berkata, harga beras yang bakal diimport itu bergantung kepada hasil perbincangan dengan kerajaan negara tersebut.

“Kita akan lihat dulu berapa harganya sebelum membuat apa-apa perubahan sebab sekarang baru peringkat persetujuan dan akan ada peringkat rundingan harga dan sebagainya,” katanya.

Rumusan yang nyata di sini, bila sahaja timbul isu kekurangan bekalan beras dalam negara, kerajaan sebenarnya tidaklah berdiam diri begitu sahaja.

Usaha sentiasa dicari untuk mengatasinya demi memastikan rakyat tidak mengalami kekurangan bekalan makanan ruji untuk dinikmati setiap hari.


Penulis merupakan Pengarah Komunikasi Wanita KEADILAN Pusat merangkap Pemangku Ketua Penerangan Wanita KEADILAN Pusat.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *