Belanjawan MADANI 2027: Pertumbuhan Ekonomi Mesti Diterjemah Kepada Kehidupan Rakyat Yang Lebih Baik – PMX

7 Oktober 2026

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Belanjawan MADANI 2027 akan memberi tumpuan kepada usaha meringankan beban rakyat, melindungi kebajikan, membuka peluang serta memastikan manfaat pembangunan dirasai dengan lebih adil.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata demikian ketika memberikan taklimat kepada rakan-rakan media hari ini berkaitan hala tuju dan ikhtiar Kerajaan MADANI menerusi Belanjawan MADANI Kelima.

TEKANAN KOS SARA HIDUP

Menurut beliau, ekonomi negara perlu terus diperkukuh, namun pertumbuhan ekonomi semata-mata belum memadai sekiranya masih terdapat rakyat yang berdepan tekanan kos sara hidup.
Justeru, katanya, kerajaan akan terus memberi perhatian kepada langkah yang dapat membantu rakyat menghadapi cabaran kehidupan, di samping memastikan pertumbuhan ekonomi diterjemahkan kepada peningkatan kesejahteraan rakyat.

“Segala perincian akan saya bentangkan Jumaat ini, insya-Allah,” katanya dalam hantaran di media sosial.

Belanjawan 2027 dijadual dibentangkan di Dewan Rakyat pada Jumaat, 9 Oktober 2026, pukul 3.30 petang. Ia merupakan Belanjawan MADANI kelima di bawah pentadbiran Kerajaan MADANI.

Sebelum ini, kerajaan turut menyatakan bahawa pandangan daripada pelbagai kelompok masyarakat dan sektor ekonomi diambil kira dalam penyediaan Belanjawan 2027, termasuk tekanan kos yang dihadapi perusahaan kecil.

beritaterkini

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *