

KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan dipersembahkan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2/2026 Mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan Tahun 2025.
Seri Paduka Baginda turut berkenan dipersembahkan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2/2026 Mengenai Aktiviti Kementerian/Jabatan Kerajaan Persekutuan serta Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2/2026 Mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Negeri dan Agensi Negeri, Aktiviti Kementerian/Jabatan/Agensi Negeri dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri.
Laporan berkenaan dipersembahkan oleh Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara pada sesi mengadap Seri Paduka Baginda di Istana Bukit Tunku, Kuala Lumpur pada hari ini (8 September).
Sultan Ibrahim turut berkenan meneliti laporan-laporan yang dipersembahkan oleh Ketua Audit Negara, selaras dengan keprihatinan Seri Paduka Baginda terhadap aspek tadbir urus dan pengurusan kewangan negara.
